Kdb Talk “Buli Siber”

22 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2023, telah diadakan KDB Talk bertajuk “Buli Siber” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi KDB Talk ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada kali ini, staf PEDi memberi penerangan mengenai maksud buli Siber. Di samping itu juga, staf PEDi turut memberi penerangan mengenai ciri-ciri pembuli siber dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa buli siber. Di samping itu juga, peserta diberi contoh-contoh kes buli siber serta kesan buli siber kepada pembuli dan mangsa pembuli.

Setelah selesai sesi KDB Talk, sesi quizziz games mengenai topik buli siber, bagi menguji kefahaman para peserta terhadap topik buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali